andai lelaki tahu

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .



Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

p/s : hasil nurkilan & hak cipta dari facebook

Petunjuk darinya

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Allah akan bagi satu peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi kita, sekiranya kita leka kita akan kehilangannya buat selama-lamanya tapi kita sendiri tidak pernah sedar dan tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya, mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah kehilangannya, masa tu barulah kita sedar yang kehadirannya cukup bermakna tapi mungkin kita tidak berpeluang lagi untuk memilikinya, jadi fahamilah hati seseorang itu dengan sedalamnya dan curahkanlah rasa kasih sayang padanya dengan seikhlas hati :face9:

:h: (my lover)

tiba-tiba tergerak hati join contest

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



Bosannya semester break kali, bila aku di landa kebosanan mula la aku sebok nak ushar-ushar blog orang.. hihi. Ok berbalik pada title entry aku, aku tiba-tiba tergerak hati nak join contest sebab aku ternampak dekat dashboard pasal satu contest then saja lah suka suki  join contest yang blogger tu buat. Contestnya mengenai BLOG SAYA COMEL. Aku tahu blog aku tak secomel blog orang lain tapi aku saja cuba nasib, manalah tahu if nasib aku baik. huhu~ btw tak kan aku jew yang nak cuba nasib, orang lain pun mesti nak cuba juga. So aku tujukan entry aku ni jugak pada sahabat blogger aku yang lain, terutama pada laila , pika , sue and kim.


ni banner contest tersebut :face75:



bila 3 menjadi 1 :)

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:


Mesti tertanya-tanya apa maksud tajuk entry aku pada kali ni? ok sebenarnya aku rasa teruja sangat bila nak share cerita ni dengan korang semua. Hari ni adalah hari yang paling bermakna bagi aku dan classmate sebab hari ni merupakan hari permulaan bagi semester 3 untuk batch kita orang. So kita orang semua rasa happy sangat bila dapat berkumpul semula selepas semester break hari tu. Aku rindu gila dekat dorang! serius memang riuh rendah floor kita orang sebab kita orang dah booking 3 rumah pada 1 blok, memang kita orang dah plan nak duduk sama-sama masa sem lepas. Adoyi mulut masing-masing toksah cakap masing-masing nak bertanding suara siapa lagi kuat, best-best aku suka sangat!

Aku suka sangat suasana macam ni, meriah sokmo. Takde la bosan and sunyi nanti. Cerita ni jugak turut di kongsi bersama salah seorang kawan aku iaitu pika, ni blog pika tujuan kita orang booking rumah dekat-dekat ni bukan apa sebab kita orang nak mengeratkan hubungan silatur'rahim sesama saudara seislam. Selain tu boleh buat group discussion. Insha-Allah target kita orang bagi sem ni adalah untuk dapatkan result yang lebih baik dari sem yang lepas! usaha tu kan tangga kejayaan.

lafazkan kalimah cintamu

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





:113: LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU :113:


merupakan karya terbaru (ketiga) Siti Rozmizah selepas ANDAI ITU TAKDIRNYA dan CINTA KAU DAN AKU. Selepas kejayaan penulis dengan dua novel terdahulu yang sehingga kini masih berada di carta best seller MPH mengorak langkah penulis untuk mewujudkan syarikat penerbitan sendiri. Mengikut jejak langkah Norhayati Berahim. pasti royalti dua novel terdahulunya begitu tinggi sehingga membolehkan beliau mewujudkan syarikat penerbitan sendiri. kepada pengemar karya Siti Rosmizah, boleh miliki novel ini yang hanya boleh di miliki di POPULAR. Selepas memenangi penulis POPULAR, syarikat POPULAR telah memberi kepercayan pada beliau mengedarkan novel beliau. Tahniah diucapkan.


sinopsis bagi lafazkan kalimah cintamu :-

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka kembali tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

harga novel ini :-
semenanjung malaysia : RM26.90
sabah dan sarawak : RM 29.90



 
Blogger design by Laila Itsuki