Wordless Wednesday #8

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



"Meet my Sunshine"
peneman waktu ku beradu 


Buat dirimu wahai wanita

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Kau digelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia.
Bukan sahaja dirindui yang biasa, malah adam turut sunyi tanpa hawa.
Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkan ia dengan limpahan ilmu.
Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk di alasi.
Bukan juga dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindungi.
Dekat jua di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok.
Begitulah peribadi yang dibentuk.
Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian, 
kelak tidak derita berharap pada yang binasa.

Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.
Bukan jua penghinaan tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.









Isi hati ku buat mu Ya Ilahi..

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:

Ya Allah..
Andai hatiku tertaut lagi pada cinta manusia, jangan engkau biarkan ia rapuh di telan rasa terlalu bahagia. Semaikan wajah rindu hanya untuk dirimu, kasihkan sinar cahaya iman di dalam kalbuku kerna ku yakin pasti ada jawapan di setiap lafaz yang di perkatakan. 

Ya Rahman..
Berikan aku segunung kejayaan, selautan kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini. Tuntunkan hati ini dalam menempuh sabar. Moga bersama mencapai bahagia hidup di dunia dan akhirat.

Ya Rahim..
Izinkan ku bertemu dengan pemilik tulang rusukku.. Insan yang mampu menuntur jiwaku, menjaga adabku dan juga insan yang mencintaiku dengan penuh kasih dan sayang dari Mu Ya Allah.

Ya Allah..
Moga termakbul segala luahan isi hati ku ini kerna ku yakin dengan janji-Mu Ya Ilahi. "Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik" Insha-Allah, aku cuba menjadi yang terbaik buat insan yang selalu berada di sampingku. Amin Ya Rabbal' Alamin.


Wordless wednesday #7

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



Kecantikan itu luas maknanya..
kecantikan bukan terletak pada rupa paras sahaja, malah kecantikan juga terletak pada budi pekerti dan akhlak bagi seseorang.



Menyinarkan kembali hati yang telah mati.

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Hati bagaikan cerminan bagi diri, ia perlu digilap sentiasa supaya pancaran cahayanya kian bersinar cemerlang. Adakala kita alpa dalam memerhatikan "Soal hati" dan ianya akan mengakibatkan mata hati menjadi buta dari sirna cahaya hidayah. Hati tanpa siraman cahaya hikmah juga mengakibatkan geluk hati kita menjadi kontang dan liat mengental kepingan dosa. Hati yang dicerap cahaya hidayah ilahi akan sentiasa memuncakkan kecintaan dan kerinduan hakiki.. Insha-Allah.



 
Blogger design by Laila Itsuki