Memori tercipta

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:






Setelah sekian lama aku mendiamkan diri di laman maya, finally hari ni aku cuba rajinkan diri untuk meluangkan masa bersama blog ni.. kesian blog dah berhabuk, yela mana taknya dah berbulan tak terusik.. jom tiup habuk ramai-ramai! *fuhhhhh~ fuh~ hehe. Okay la berbalik pada tujuan asal aku untuk update entry ni adalah untuk menceritakan apa yang terjadi selama beberapa bulan selepas birthday aku hari tu.

Alhamdulillah even banyak suka dan duka aku masih lagi mampu tersenyum dan bertahan sehingga ke hari ni, tak dinafikan yang diri ini menghadapi pelbagai dugaan yang adakalanya membuatkan aku rasa putus asa namun aku bersyukur dan berterima kasih sebab ada insan yang sentiasa berada di sisi aku saat aku jatuh mahupun bangun, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa-jasa insan tersebut. 

Di setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi, aku akui apa yang terjadi dalam kehidupan aku sedikit sebanyak memberikan aku pengalaman dan pengajaran yang tak mampu dimiliki oleh insan lain di dunia ini, kalau ada pun mungkin lebih kurang je kot, hihi. Bagi aku, lain orang lain ujian mahupun dugaannya, hanya kita yang mengalaminya sahaja yang tahu macam mana rasa itu tapi jalan penyelesaian kita tetap sama iaitu menyerahkan segalanya pada Ilahi. Sesungguhnya buat ketika ini jiwa aku rasa tenang bila mendekatkan diri kepada-Nya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perubahanku di perbaharui, ianya atas berkat dari keluarga, sahabat dan insan yang teristimewa :')

Untuk pengetahuan semua, aku dan sahabat handai dah berjaya habiskan kuliah bagi Diploma kami... *Alhamdulillah~ Seronok siapa kata tak seronok setelah beberapa semester kami bertungkus-lumus mengadap tugasan, pembentangan, ujian, peperiksaan dan lain-lain lagi akhirnya kami hampir tiba ke puncak impian kami :) Sekarang kami hanya menunggu masa untuk menjalani praktikal dan konvokesyen, moga perjalanan kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.. Amin.

Kenangan, ianya membawa banyak erti buat aku dan terlalu payah untuk di ungkapkan.. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka, mereka telah ku anggap sebagai keluargaku selain keluarga sebenar aku. Ketika suka dan duka mereka ada bersamaku, kehidupan kami penuh gelak ketawa walaupun kadang-kadang ada je perkara yang tak kena namun kami masih lagi bersama sehingga hari ni. Mengenali mereka dalam hidupku membuatkan aku menghargai sebuah perhubungan yang di panggil SAHABAT. Terlalu banyak memori yang telah tercipta di antara kami. Bila berjauhan aku rasa sangat merindui mereka, entah la mungkin dah biasa hidup dengan mereka.. :') Terima kasih, Ya Allah sebab menemukan aku dengan insan-insan yang istimewa walaupun ianya hanya buat sementara. Aku berdoa agar mereka bahagia disisi insan mahupun keluarga yang tersayang dan juga berjaya dalam menjalani kehidupan di dunia serta di akhirat sana. Kenangan yang ku miliki ini akan kekal di ingatan buat selama-lamanya, InsyaAllah.



*Dalam Kenangan*













                                              







wishlist for my birthday

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:






Ehem ehemm rasanya entry kali ni di tujukan untuk diri sendiri je, maaf demand lebih tapi ini lah yang aku inginkan buat masa ini.. Dapat atau tak dapat tu kurang pasti, saja suka-suka buat wishlist. 
Terima kasih sebab blog walking ;)




Nurkilan ikhlas dari hati.

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:






Cinta yang suci datangnya dari hati untuk di kasihi dan jua untuk di sayangi,
kasih yang abadi pula datangnya dari kurniaan ilahi tanpa di pinta ia muncul dengan sendiri,
Aku hanya insan biasa yang punya kekurangan diri dan sentiasa khilaf dalam mengenal hal duniawi,
jikalau engkau adalah ajnabi yang ku cari dan telah di tetapkan oleh ilahi buat diri ku ini,
maka tuntunkanlah diri ku supaya sentiasa berada di jalan yang benar dan mampu menjadi ahli syurga di akhirat kelak nanti :')







Wordless Wednesday #10

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Bila kita memberi orang merasa, maka bersedekahlah di bulan puasa dan lakukanlah amal ibadah hanya kerana-Nya. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari yang Maha Esa. Selamat berpuasa buat umat islam di seluruh dunia, moga kehadiran ramadhan kali ini memberi makna buat kita semua, Insha-Allah.




6 cerminan wajah bagi cahaya kesaksian

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Apa yang di miliki saat ini adalah pemberian dan pinjaman yang telah diberikan oleh Allah. Sesungguhnya ciptaan Allah semuanya sempurna dan tiada cacat cela, semua makhluk sama saja di mata Allah cuma yang membezakan adalah amal ibadah. Setiap orang mempunyai kecantikan mahupun ketampanan yang berbeza, maka bersyukurlah dengan segala pemberian yang di berikan oleh-NYA.






Wordless Wednesday #9

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Ya Allah,  Engkau permudahkan lah segala-galanya. 
Engkau akhirkan lah permulaan dengan pengakhiran yang baik. 
Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambamu ini.
(Sumber diperoleh dari Internet)






Wordless Wednesday #8

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



"Meet my Sunshine"
peneman waktu ku beradu 


Buat dirimu wahai wanita

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Kau digelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia.
Bukan sahaja dirindui yang biasa, malah adam turut sunyi tanpa hawa.
Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkan ia dengan limpahan ilmu.
Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk di alasi.
Bukan juga dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindungi.
Dekat jua di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok.
Begitulah peribadi yang dibentuk.
Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian, 
kelak tidak derita berharap pada yang binasa.

Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.
Bukan jua penghinaan tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.









Isi hati ku buat mu Ya Ilahi..

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:

Ya Allah..
Andai hatiku tertaut lagi pada cinta manusia, jangan engkau biarkan ia rapuh di telan rasa terlalu bahagia. Semaikan wajah rindu hanya untuk dirimu, kasihkan sinar cahaya iman di dalam kalbuku kerna ku yakin pasti ada jawapan di setiap lafaz yang di perkatakan. 

Ya Rahman..
Berikan aku segunung kejayaan, selautan kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini. Tuntunkan hati ini dalam menempuh sabar. Moga bersama mencapai bahagia hidup di dunia dan akhirat.

Ya Rahim..
Izinkan ku bertemu dengan pemilik tulang rusukku.. Insan yang mampu menuntur jiwaku, menjaga adabku dan juga insan yang mencintaiku dengan penuh kasih dan sayang dari Mu Ya Allah.

Ya Allah..
Moga termakbul segala luahan isi hati ku ini kerna ku yakin dengan janji-Mu Ya Ilahi. "Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik" Insha-Allah, aku cuba menjadi yang terbaik buat insan yang selalu berada di sampingku. Amin Ya Rabbal' Alamin.


Wordless wednesday #7

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



Kecantikan itu luas maknanya..
kecantikan bukan terletak pada rupa paras sahaja, malah kecantikan juga terletak pada budi pekerti dan akhlak bagi seseorang.



Menyinarkan kembali hati yang telah mati.

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





Hati bagaikan cerminan bagi diri, ia perlu digilap sentiasa supaya pancaran cahayanya kian bersinar cemerlang. Adakala kita alpa dalam memerhatikan "Soal hati" dan ianya akan mengakibatkan mata hati menjadi buta dari sirna cahaya hidayah. Hati tanpa siraman cahaya hikmah juga mengakibatkan geluk hati kita menjadi kontang dan liat mengental kepingan dosa. Hati yang dicerap cahaya hidayah ilahi akan sentiasa memuncakkan kecintaan dan kerinduan hakiki.. Insha-Allah.



Sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan.

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
(Petikan di ambil dari iluvislam)

  • Allah S.W.T berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal: 46)
  • Allah S.W.T berfirman: "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." (Ali Imran: 146)





 
Blogger design by Laila Itsuki