Sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan.

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
(Petikan di ambil dari iluvislam)

  • Allah S.W.T berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal: 46)
  • Allah S.W.T berfirman: "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." (Ali Imran: 146)





Umpama roda

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Kehidupan di dunia tidak sentiasa indah. Hidup ini umpama roda  "adakala kita berada di atas, adakala kita berada di bawah" bila bangun pasti kita akan merasa jatuh dan terduduk juga, jadi jangan lah sesekali berhenti berusaha apabila pernah merasa gagal dalam kehidupan. Sentiasalah berusaha untuk memperbaiki kelemahan, tingkatkan lagi keazaman pada diri agar usaha kita di permudahkan oleh-NYA.. Insha-Allah. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya. Sebagai hamba, kita mohonlah petunjuk daripadanya-NYA, semoga Allah memberkati segala urusan kita di dunia dan di akhirat kelak, Aamiiin.

Friends last forever

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Sungguhnya kehadiran ku di dalam hidupmu adalah sebagai seorang sahabat bukan sekadar seorang teman kerana Allah S.W.T -lah yang memberikan sentuhan kasih sayang di antara kita. Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang senantiasa mengingatkan aku kepada-NYA, seorang sahabat yang baik akan mendoakan yang terbaik buat sahabatnya walaupun tidak bersua muka bukan kah begitu? :) . Persahabatan itu akan lebih indah jika adanya keikhlasan di dalam hati, semoga ukhuwah fillah di antara kita akan terus berkekalan hingga ke syurga nanti.. Insha-Allah. Aku berharap agar kita sama-sama memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam diri masing-masing. Akhir kata dari ku, sahabat tegurlah diri ini seandainya aku terleka dengan keseronokan duniawi yang hanya sementara ini.

Allah yang menentukan segalanya

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Kita berkenalan secara tak sengaja itu adalah perancangan dari Allah S.W.T, Kita berkawan pun kerana Allah S.W.T yang merancang, Kita dikurniakan rasa suka di antara satu sama lain sebab Allah S.W.T yang beri, Kita masih bersama walaupun banyak dugaan yang menimpa sebab Allah S.W.T yang aturkan, Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga di sebabkan Allah S.W.T sayang pada kita, Kita berjauhan untuk mencapai keredhaan dari-NYA dan menjaga batas pergaulan agar ianya terpelihara kerana DIA yang merancang, Kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing sebab Allah S.W.T yang gerakkan perasaan tu dalam hati kita, dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan sehingga syurga atau terputus di tengah jalan juga adalah kerana Allah S.W.T yang tentukan. Jadi andai awaklah jodoh yang ditetapkan Allah S.W.T di Luh Mahfuz untuk saya, Insha-Allah kita akan bersatu juga suatu hari nanti walaupun dipisahkan dengan jarak dan masa :')






Blog board ♡

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



All about blog:119:

Inilah aku, kini dan selamanya..Insha-Allah

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih bernafas di atas muka bumi yang bertuah ini, bukan mudah untuk ku tempuhi segala onak dan duri di dunia ini tapi ku gagahkan jua demi diri-MU Ya Ilahi. Moga penghijrahan yang terjadi di kala ini bukan sekadar sekejap cuma, biarlah ianya berkekalan hingga ke hujung nafasku ini. Bila mengenangkan segala kisah lama adakalanya ia mengusik hati, terkenang segala dosa yang tidak terhitung banyaknya. Khilafnya diri ini mengenal keseronokan dunia, lalai dan cuai dalam menuruti segala perintah-NYA sehingga tersasar di landasan yang sepatutnya di turuti. Sungguh aku akui yang diri ini masih belum bersedia untuk berhadapan dengan-NYA di akhirat nanti, masih banyak perkara yang perlu di perbaharui dan di perbaiki, masih banyak ilmu-NYA yang harus ku dalami. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ku di dunia ini, semoga segala usaha ku dalam penghijrahan ini di berkati dan di redhai oleh-NYA.. Amiiin.

Ku bermohon kepada-Mu

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





:65: Gambar hiasan :66:


Ya Allah, kami tidak pernah merasa dalam kesendirian kerana Engkau yang selalu ada menemani kami di kala sunyi, menghiburkan kami dengan cinta-Mu dikala kami terluka dan menyembuhkan setiap perih yang telah kami alami. Engkau tahu apa keperluan kami sebelum kami memintanya. Ya Allah, bantulah kami agar kami dapat mengerti, mengatasi serta menyesuaikan diri di dalam Cinta-MU. Tumbuhnya perasaan cinta di hati ini adalah terhadap diri sendiri dan juga sesama manusia di atas muka ini, sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik buat kami.





I Love Allah Azza Wa Jalla

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




:65: Gambar hiasan:66:

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgamu..
tetapi aku tidak pula menanggung siksa nerakamu..
dari itu kurniakan lah, keampunan kepadaku ampunkanlah dosaku..
Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar.. اللّه ♥

I Need Someone =(

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:



Crying is a sign of how strong you really are.



Dari segi luaran adakalanya aku kelihatan sangat kuat tetapi sebaliknya aku seorang yang sangat lemah. Aku juga seperti orang lain yang punya hati dan perasaan, kadangkala aku perlukan tempat mengadu supaya dengan adanya kata-kata semangat membuatkan diri aku kuat untuk berdiri dan tidak lah merasa terlalu lelah untuk bertahan dengan segala liku-liku kehidupan. Ya, aku tahu Allah senantiasa berada di samping hambanya, di saat hambanya merasa sedih mahupun gembira dan sepatutnya aku perlu bersyukur.. "La Tahzan wahai Norsyahidah, Allah senantiasa ada untuk mu, Insha-Allah"

Pelengkap hidupku

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Sesi bergambar bersama keluarga tercinta :n:


P/S: Dalam gambar ni hanya ada mak, along & emi, arwah abah & arwah angah tak berkesempatan untuk ambil gambar bersama-sama kami :face21: macam mana ea nak gambarkan perasaan ni? aku rindu, terlampau rindu dengan dorang.. Moga roh arwah abah & arwah angah, dicucuri rahmat & di tempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh.. Amin. (AL-FATIHAH)


Sayangnya aku pada keluarga aku tak dapat dibandingkan dengan nilai wang ringgit sebab aku dah lalui bagaimana kehilangan orang yang aku sayang dalam hidup aku. Terasa diri ini kehilangan tempat untuk bermanja, mengadu dan bergantung, really-really miss that moment. Terlalu banyak kenangan yang membuatkan hati ini terusik, kalau lah masa boleh diputarkan semula aku akan berusaha menjadi anak & adik yang baik di mata mereka tapi aku sedar aku tak boleh melawan takdir "qada & qadar" yang Allah tetapkan buat kami sekeluarga, hidup ini perlu diteruskan, Allah lebih menyayangi mereka :face29: aku sangat sayangkan keluarga aku tanpa mereka tiadalah aku dan tanpa mereka tak lengkaplah hidup aku.

Terlalu banyak perkara yang ingin aku luahkan di sini tapi tak mengapalah biarlah aku simpan semuanya di dalam lubuk hati ini. Entry kali ni sekadar menredakan perasaan yang melanda diri, moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran buat aku serta keluargaku untuk melalui liku-liku kehidupan yang mendatang.





Ya Allah.. Ya Muhaimin.. Ya Rabbana..

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:






“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat
pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah
berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu…. ameen Ya Robb…





 
Blogger design by Laila Itsuki