bila 3 menjadi 1 :)

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:


Mesti tertanya-tanya apa maksud tajuk entry aku pada kali ni? ok sebenarnya aku rasa teruja sangat bila nak share cerita ni dengan korang semua. Hari ni adalah hari yang paling bermakna bagi aku dan classmate sebab hari ni merupakan hari permulaan bagi semester 3 untuk batch kita orang. So kita orang semua rasa happy sangat bila dapat berkumpul semula selepas semester break hari tu. Aku rindu gila dekat dorang! serius memang riuh rendah floor kita orang sebab kita orang dah booking 3 rumah pada 1 blok, memang kita orang dah plan nak duduk sama-sama masa sem lepas. Adoyi mulut masing-masing toksah cakap masing-masing nak bertanding suara siapa lagi kuat, best-best aku suka sangat!

Aku suka sangat suasana macam ni, meriah sokmo. Takde la bosan and sunyi nanti. Cerita ni jugak turut di kongsi bersama salah seorang kawan aku iaitu pika, ni blog pika tujuan kita orang booking rumah dekat-dekat ni bukan apa sebab kita orang nak mengeratkan hubungan silatur'rahim sesama saudara seislam. Selain tu boleh buat group discussion. Insha-Allah target kita orang bagi sem ni adalah untuk dapatkan result yang lebih baik dari sem yang lepas! usaha tu kan tangga kejayaan.

lafazkan kalimah cintamu

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:





:113: LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU :113:


merupakan karya terbaru (ketiga) Siti Rozmizah selepas ANDAI ITU TAKDIRNYA dan CINTA KAU DAN AKU. Selepas kejayaan penulis dengan dua novel terdahulu yang sehingga kini masih berada di carta best seller MPH mengorak langkah penulis untuk mewujudkan syarikat penerbitan sendiri. Mengikut jejak langkah Norhayati Berahim. pasti royalti dua novel terdahulunya begitu tinggi sehingga membolehkan beliau mewujudkan syarikat penerbitan sendiri. kepada pengemar karya Siti Rosmizah, boleh miliki novel ini yang hanya boleh di miliki di POPULAR. Selepas memenangi penulis POPULAR, syarikat POPULAR telah memberi kepercayan pada beliau mengedarkan novel beliau. Tahniah diucapkan.


sinopsis bagi lafazkan kalimah cintamu :-

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka kembali tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

harga novel ini :-
semenanjung malaysia : RM26.90
sabah dan sarawak : RM 29.90



 
Blogger design by Laila Itsuki