Memori tercipta

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:






Setelah sekian lama aku mendiamkan diri di laman maya, finally hari ni aku cuba rajinkan diri untuk meluangkan masa bersama blog ni.. kesian blog dah berhabuk, yela mana taknya dah berbulan tak terusik.. jom tiup habuk ramai-ramai! *fuhhhhh~ fuh~ hehe. Okay la berbalik pada tujuan asal aku untuk update entry ni adalah untuk menceritakan apa yang terjadi selama beberapa bulan selepas birthday aku hari tu.

Alhamdulillah even banyak suka dan duka aku masih lagi mampu tersenyum dan bertahan sehingga ke hari ni, tak dinafikan yang diri ini menghadapi pelbagai dugaan yang adakalanya membuatkan aku rasa putus asa namun aku bersyukur dan berterima kasih sebab ada insan yang sentiasa berada di sisi aku saat aku jatuh mahupun bangun, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa-jasa insan tersebut. 

Di setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi, aku akui apa yang terjadi dalam kehidupan aku sedikit sebanyak memberikan aku pengalaman dan pengajaran yang tak mampu dimiliki oleh insan lain di dunia ini, kalau ada pun mungkin lebih kurang je kot, hihi. Bagi aku, lain orang lain ujian mahupun dugaannya, hanya kita yang mengalaminya sahaja yang tahu macam mana rasa itu tapi jalan penyelesaian kita tetap sama iaitu menyerahkan segalanya pada Ilahi. Sesungguhnya buat ketika ini jiwa aku rasa tenang bila mendekatkan diri kepada-Nya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perubahanku di perbaharui, ianya atas berkat dari keluarga, sahabat dan insan yang teristimewa :')

Untuk pengetahuan semua, aku dan sahabat handai dah berjaya habiskan kuliah bagi Diploma kami... *Alhamdulillah~ Seronok siapa kata tak seronok setelah beberapa semester kami bertungkus-lumus mengadap tugasan, pembentangan, ujian, peperiksaan dan lain-lain lagi akhirnya kami hampir tiba ke puncak impian kami :) Sekarang kami hanya menunggu masa untuk menjalani praktikal dan konvokesyen, moga perjalanan kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.. Amin.

Kenangan, ianya membawa banyak erti buat aku dan terlalu payah untuk di ungkapkan.. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka, mereka telah ku anggap sebagai keluargaku selain keluarga sebenar aku. Ketika suka dan duka mereka ada bersamaku, kehidupan kami penuh gelak ketawa walaupun kadang-kadang ada je perkara yang tak kena namun kami masih lagi bersama sehingga hari ni. Mengenali mereka dalam hidupku membuatkan aku menghargai sebuah perhubungan yang di panggil SAHABAT. Terlalu banyak memori yang telah tercipta di antara kami. Bila berjauhan aku rasa sangat merindui mereka, entah la mungkin dah biasa hidup dengan mereka.. :') Terima kasih, Ya Allah sebab menemukan aku dengan insan-insan yang istimewa walaupun ianya hanya buat sementara. Aku berdoa agar mereka bahagia disisi insan mahupun keluarga yang tersayang dan juga berjaya dalam menjalani kehidupan di dunia serta di akhirat sana. Kenangan yang ku miliki ini akan kekal di ingatan buat selama-lamanya, InsyaAllah.



*Dalam Kenangan*













                                              







3 comments:

Saleh Imran Color Network said...

jom photoshoot di putrajaya :)

http://salehimrancolornetwork.blogspot.com/
(promosi hebat - pakej fotografi)

Nur Syafiqah Yunus said...

wwuu wuuu tedeyh itew.. miss u to0 lalink!

AISYAH NUR said...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

 
Blogger design by Laila Itsuki