Buat dirimu wahai wanita

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




Kau digelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia.
Bukan sahaja dirindui yang biasa, malah adam turut sunyi tanpa hawa.
Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkan ia dengan limpahan ilmu.
Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk di alasi.
Bukan juga dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindungi.
Dekat jua di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok.
Begitulah peribadi yang dibentuk.
Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian, 
kelak tidak derita berharap pada yang binasa.

Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.
Bukan jua penghinaan tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.









No comments:

 
Blogger design by Laila Itsuki