Hidup ini tak selamanya indah belaka :')

:86:Assalamualaikum, Ya Akhi Wa Ukhti :86:




"Suka dan Duka sentiasa berada dalam kehidupan seharian kita" di saat kita gembira adakala kita akan berduka juga.

Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku di saat aku berada di dalam keadaan kesedihan, orang lain hanya mampu melihat tetapi hanya aku saja yang merasa perasaan itu. Orang lain juga hanya pandai berkata-kata kerana orang itu tidak pernah berada di tempat aku dan tidak pernah merasai kesedihan yang aku alami. Kalau aku di beri peluang aku lebih rela menjadi orang yang melihat daripada orang yang merasai tapi aku sedar yang semua itu tak mungkin terjadi, Allah telah berikan dugaan dan ujian pada diri aku jadi aku kena tempuhi semuanya dengan hati yang tabah :face21:

Di saat aku melayan perasaan, lamunan ku terhenti apabila salah seorang hamba allah telah memberikan kata-kata semangat buat diri aku.. katanya "Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan orang itu sendiri" jadi aku mulai sedar yang tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan cuma kita je yang kena bijak menggunakan daya pemikiran kita untuk menangani masalah- masalah yang berlaku di depan mata kita. Selepas itu, aku mulai berazam dan berusaha untuk menjadi seorang wanita yang kuat dalam menghadapi segala liku-liku kehidupan yang mendatang even sememangnya aku sedar yang diri aku ni lemah tapi aku perlu berubah, tak kan selamanya aku nak menjadi seorang wanita yang lemah bukan? jadi hidup ini perlukan perubahan seiring dengan peredaran masa dan umur masing-masing.



1 comment:

Diari Si Froggie said...

setiap dugaan itu mempunyai pengalaman dan menjadi kita semakin hari semakin kuat :) jadi tabahkan lah hati menjalani cabaran itu.

 
Blogger design by Laila Itsuki