Bila kita memberi orang merasa, maka bersedekahlah di bulan puasa dan lakukanlah amal ibadah hanya kerana-Nya. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari yang Maha Esa. Selamat berpuasa buat umat islam di seluruh dunia, moga kehadiran ramadhan kali ini memberi makna buat kita semua, Insha-Allah.
6 cerminan wajah bagi cahaya kesaksian
Apa yang di miliki saat ini adalah pemberian dan pinjaman yang telah diberikan oleh Allah. Sesungguhnya ciptaan Allah semuanya sempurna dan tiada cacat cela, semua makhluk sama saja di mata Allah cuma yang membezakan adalah amal ibadah. Setiap orang mempunyai kecantikan mahupun ketampanan yang berbeza, maka bersyukurlah dengan segala pemberian yang di berikan oleh-NYA.
Wordless Wednesday #9
Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala-galanya.
Engkau akhirkan lah permulaan dengan pengakhiran yang baik.
Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambamu ini.
(Sumber diperoleh dari Internet)
(Sumber diperoleh dari Internet)
Buat dirimu wahai wanita
Kau digelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia.
Bukan sahaja dirindui yang biasa, malah adam turut sunyi tanpa hawa.
Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkan ia dengan limpahan ilmu.
Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.
Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk di alasi.
Bukan juga dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindungi.
Dekat jua di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok.
Begitulah peribadi yang dibentuk.
Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian,
kelak tidak derita berharap pada yang binasa.
Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.
Bukan jua penghinaan tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




